Saturday, July 18, 2009
♥ Isu remaja yang memerlukan kefahamn

vs

Manusia yang mudah lupa dan alpa.
Saban hari pasti ada sahaja kemalangan jiwa yang berlaku.Tidak kira usia,muda mahupun tua sama-sama merasainya.Ini kerana gejala rempit yang sedang menular di dalam diri remaja menyusahkan pelbagai pihak.Kita bukan hendak menunding jari,akan tetapi daripada pemerhatian yang kita lihat.Ramai yang ditimpa kemalangan kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya.
Namun kita sesama islam mempunyai cara yang lembut buat menginsafkan anak-anak muda ini.Mereka masih bertenaga masih keras kepala.Apatah hati yang telah lama tidak bertemu Illahi.Jadi lebih afdhal kita sebagai masyarakat menegur mereka.Ataupun dengan kata lain ini cara lebih berkesan adalah memupuk sifat-sifat mulia dalam diri mereka.Namun bagaiman jika sudah terlanjur?
Itu bukan alasan.Siapa kita kalau bukan masyarakat yang membantu bukan membatu.Sanggupkah kita melihat anak-anak muda belia menjadi seperti ini?

Ngeri bukan?Kepala yang sudah bercerai daripada badan.Sanggupkah kita masyarakat membiarkan mereka ini hanyut dalam dunia mereka.Selami mereka.Fahami hati yang lembut ini.Hati yang meminta simpati bukan meminta publisiti.Tolonglah sekali lagi saya pinta agar sama-sama kita bantu mereka.Tanpa kita tiadalah mereka jadi insan berguna.
7:18 AM
